Saturday, June 25, 2011

Tom Yam

walalalalal lapaq la pulak....mentang2 nak BBQ mlm ni, teruih xmo masak2 pape...so jam 3 ptg dah xboleh tahan, terpakse ke dapur cari ape leh makan. bukak freezer tgk ada tulang2 ayam, tgk bekas2 sayo ade tomato, cendawan, karot, serai...ha okelah tu! wat tomyam...since daun limau purut ngn cabai melaka pon ada..walalalala ekspress~ cekidout
Bahan-bahan:

serai seikat
3 biji tomato
2 biji carrot
15 biji cili api
3 biji bawang besar
1 kiub pati ayam knorr
cendawan (harus ada okeng!)
air perahan limau
daun limau purut
segenggam asam jawa
garam secukup rasa
kaki2 ayam, juga part2 tulang... (4ekor punya)

Cara-cara:

1. masukkan ayam td ke dalam periuk, masukkan air perahan limau, panaskan periuk dgn api sederhana, tutup!
2. setelah agak empuk, masukkan kiub ayam+serta carrot (sbb dia keras kena masak lama sket)
3. dan lembut sket boleh masukkan air agak2 tenggelam semua bahan...
4. masukkan bawang besar yang dipotong bulat2+serai diketuk+tomato+cili api ditumbuk
5. agak2 mendidih masukkan air asam jawa+garam secukup rasa+daun limau purut
6. tutup periuk sehingga mendidih untuk perap bau tom yam
7. akhir skali baru masukkan cendawan...tggu hingga mendidih dan sesedap rasa...maka SIAP lah!

No comments:

Post a Comment