Saturday, July 23, 2011

mari buat fondan!

ok mmg copy paste dari Cik Kema ~

belum cuba lagi...nak cuba ASAP!

cekidout~





Bahan-bahan ( Hiasan utk 1 biji kek )

  • 63 ml air
  • 1 sudu besar gelatin halal (Cik Kema guna Halalgel)
  • 125 ml sirap glucose
  • 1 1/2 sudu besar gliserin
  • 2 sudu besar lemak sayur (shortening)
  • 1 kg gula aising (Ayaq dulu)
  • Pewarna pilihan

Cara-cara

  1. Kaedah double boiled akan digunakan utk membuat fondant ni. Bekas tahan panas diperlukan utk proses memasak.
  2. Tuang air ke dalam bekas dan masukkan gelatin. Kacau dan ketepikan (lebih kurang 1min) supaya gelatin kembang.
  3. Double boiled bahan td. Kacau gelatin sehingga larut.
  4. Kemudian masukkan glucose, gliserin & shortening ke dlm bahan yg sudah larut td. Kacau sehingga semuanya larut.
  5. Setelah semua bahan larut. Tutup api dan biarkan bahan td sejuk atau suam2 gitu.
  6. Setelah bahan suam2 kuku, masukkan sedikit demi sedikit gula icing dan kacau sehingga sebati (lebih kurang 500gm gula, doh akan keras sedikit. Proses menguli boleh diteruskan menggunakan breadmaker atau teruskan dgn uli menggunakan tangan)
  7. Myresepi_fondant1
     Doh yg sudah siap akan jadi seperti gambar ni. Warna putih.
  8. Biarkan doh semalam utk hasil yg lebih baik. Simpan dalam bekas yg kedap udara. Boleh simpan didalam suhu bilik.
  9. Myresepi_fondant3
     Seterusnya, proses mewarnakan doh. Bahagi doh kepada beberapa bahagian. Titiskan sedikit sahaja pewarna sehingga dpt warna pilihan hati.
  10. Akhir sekali proses membentuk doh. Harap semua faham bagaimana utk menghasilkan fondant icing. Thanks

No comments:

Post a Comment