Monday, June 13, 2011

kek cipoooon pandan!

taw x sponge kek? kek chiffon???
haaa...aritu buat...best!!!! xsempat nak ambil gambo..dah abes..
so next time buat baru amek gambo ye...
igt nak buat kek chiffon blueberry pulak..hehehe

cekidout~




Bahan-bahannya.

6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
300gm gula halus
1/4 cawan minyak jagung
240gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
1 cawan susu cair
1 penutup botol perisa pandan
1 penutup botol pewarna hijau epal

Caranya:
1) Pukul 1/2 sukatan gula dengan kuning telur hingga putih warnanya,masukkan minyak jagung dan pukul lagi

2) Masukkan susu + perisa pandan + garam.

3) Masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit hingga habis sambil digaul rata.

4) Dalam bekas lain pukul putih telur + cream of tartar hingga kembang kemudian masukkan baki gula halus dan pukul lagi hingga betul2 pekat (kalau terbalikkan tu tak jatuh le..)

5) Campurkan adunan tepung tadi ke dalam putih telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.

6) dah siap tuangkan ke dalam bekas yang telah di sapu dengan marjerin, bakar selama 30-40 minit mengikut panas oven. (oven sy lama punya pattern dlm 130C tu)

No comments:

Post a Comment